Selebriti kesihatan dan kecergasan Malaysia, Kevin Zahri akui amat penting bagi masyarakat mengekalkan sistem imunisasi badan sebagai langkah berjaga-jaga untuk berdepan dengan wabak COVID-19.

Menerusi posting di akaun Instagramnya, Kevin telah berkongsi lima amalan yang bokeh dilakukan oleh masyarakat untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

1.Senaman
Senaman mampu meningkatkan keupayaan kecergasan dan kemampuan badan untuk melawan serangan kuman. Malah peningkatan aktiviti pernafasan semasa bersenam bantu “flush out” bakteria.

2.Tidur yang cukup
Kurang tidur boleh melemahkan dan stresskan kemampuan badan untuk berdepan serangan bakteria. Pastikan anda berikan kepentingan kepada kualiti dan kuantiti rehat.

3.Makanan Probiotics
Minuman dan makanan probiotics seperti yogurt, apple cider vinegar, kombucha, kimchi, tapai dan sebagainya boleh membekalkan jutaan bakteria sihat yang sentiasa “stimulate” sistem imunisasi untuk lebih aktif.

4.Air
Pengambilan lebih air bukan sahaja mengekalkan fungsi badan tetapi ia juga penting untuk meningkatkan dan mempercepatkan pembuangan ‘toksin dan bahan buangan’ badan.

5.Pengambilan vitamin dan antioxidants
Bagi mereka yang mencari sumber makanan atau suplemen untuk "boost" sistem imunisasi boleh cari yang mengandungi: Vitamin A, B6, B12, C, D, E atau lebih mudah: pelbagaikan pengambilan buah dan sayur-sayuran,” kongsinya.

Dalam pada itu, Kevin berharap agar perkongsiannya ini mampu memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia.

“Semoga panduan ini bantu anda kuatkan sistem imunisasi. Feel free to share tips dan amalan diri anda dan tag kawan-kawan yang perlu membaca tip-tip ini,” tulisnya.

Berdepan dengan pandemik COVID-19 masa kini, amat penting untuk cuba kekalkan sistem imunisasi pada tahap yang baik bukan lah untuk “elak dijangkit” tapi untuk persediaan badan sekiranya “berdepan” serangan coronavirus seperti COVID-19. 5 AMALAN UNTUK BOOST SISTEM IMUNISASI BADAN! 1️⃣Senaman tingkatkan keupayaan kecergasan dan kemampuan badan untuk melawan serangan kuman. Malah peningkatan aktiviti pernafasan semasa bersenam bantu “flush out” bacteria. . 2️⃣Kurang tidur boleh lemah dan streskan kemampuan badan untuk berdepan serangan bakteria. Pastikan anda beri kepentingan kepada kualiti dan kuantiti rehat. . 3️⃣Minuman dan makanan probiotics seperti yogurt, apple cider vinegar, kombucha, kimchi, tapai dll bekalkan jutaan bakteria sihat yang sentiasa “stimulate” system imunisasi untuk lebih aktif. . 4️⃣Water. Pengambilan lebih air bukan sahaja kekalkan fungsi badan tapi ia penting untik tingkat dan mempercepatkan pembuangan "toxins dan waste material" badan. . 5️⃣Vitamins & Antioxidants: Bagi mereka yang mencari sumber makanan atau suplemen untuk "boost" sistem imunisasi boleh cari yang mengandungi: Vitamin A, B6, B12, C, D, E atau lebih mudah: pelbagaikan pengambilan buah dan sayur-sayuran. . ?Don't SMOKE! Tabiat merokok dan impak tobacco lemahkan sistem imunisasi badan, paru-paru dan disyaki lebih cenderung kepada penyakit seperti pneumonia & influenza. Semoga panduan ini bantu anda kuatkan sistem imunisasi. Feel free to share tips dan amalan diri anda dan tag kawan-kawan yang perlu membaca tip-tip ini. #covid19 #immune #probiotics #coronavirus #covid-19 #immunesystem #health

A post shared by Kevin Zahri (@kevinzahri) on


Terdahulu, peningkatan kes positif jangkitan COVID-19 telah mencetus kebimbangan dan rasa panik di kalangan masyarakat.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru orang ramai supaya tidak mempercayai berita mengenai kononnya kerajaan bakal mengumumkan perintah berkurung atau ‘lockdown’ susulan penularan COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!