Kia Motors Corporation melancarkan ‘Kia Promise’ iaitu program lanjutan waranti kepada pelanggannya yang tidak dapat bergerak bebas berikutan wabak pandemik Covid-19.

Program ‘Kia Promise’ dilaksanakan lebih 142 negara termasuk Malaysia yang mana kenderaan tamat waranti antara 1 Februari sehingga 30 April ini akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2020.

Kia Motor percaya lebih 500,000 pelanggannya di seluruh negara akan menikmatikan kemudahan program ‘Kia Promise’ itu.

Ia secara langsung dapat meringankan beban pemilik Kia dan pada masa sama mampu memberi keselamatan kepada rakan niaga, kakitangan serta pelanggan.