Selebriti media sosial, Faizdickie berkongsi tip 'contactless delivery' yang digunakan untuk perkhidmatan penghantaran makanan ketika wabak COVID-19 yang sedang berleluasa.

Menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, menggunakan penyangkut baju yang diubahsuai untuk memudahkan penghantar makanan melakukan kerja mereka.





"Hanya Tuhan sahaja yang tahu, setiap hari berapa banyaklah makanan yang perlu dihantar oleh abang / kakak rider ni.

"Setiap penghantaran tu, bukan kita sebagai pelanggan je boleh terdedah dengan COVID-19, tapi risiko kepada rider-rider ni lagilah tinggi kan? Haa.

"Jadi, perkara yang paling kecil yang saya boleh lakukan adalah untuk memudahkan kerja mereka dengan buat 'contactless delivery' ni.

"Walaupun untuk sesetengah orang, bila tinggalkan makanan depan pintu gini, mungkin kelihatan sedikit kurang wajar, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat mengekalkan jarak sosial," tulis Faiz.

God knows setiap hari berapa banyaklah food delivery yang abang/kakak rider ni kene buat. Setiap delivery tu, bukan kita as customer je boleh terdedah dengan Covid-19, tapi risiko kepada rider-rider ni lagilahhh tinggi kan? Haa So the least that I can do is memudahkan keje dorang dengan buat contactless delivery ni. Altho to some, bila tinggalkan makanan depan pintu gini, might look a bit improper tapi at least kita dapat kekalkan social distancing. Maybe takboleh eliminate risiko tu 100% tapi Insyaallah kita sama-sama cuba prevent ya. Hats off to all riders yang sudi kerja keras hantar kan makanan kat kami-kami semua yang tengah #stayathome ni. Thank you! Muahh Let’s us all do our part in fighting Covid-19 no matter how small it is okeh #villagepeople! #RideItOutBersama @GrabFoodMY @GrabMY

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp) on


Dalam pada itu, Faiz juga memuji pengorbanan penghantar makanan yang sudi bekerja keras untuk mereka yang sedang berada di rumah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula tiga hari lalu sehingga 31 Mac hadapan.

"Mungkin tak boleh singkirkan risiko tu 100 peratus tetapi Insya-Allah kita sama-sama cuba elak ya?

"Tabik untuk semua penghantar makanan yang sudi kerja keras hantarkan makanan kat kami semua yang tengah #stayathome ni. Thank you! Muahh

"Jom kita semua mainkan peranan untuk melawan COVID-19, tak kira ia sekecil mana, okay?" tulisnya lagi.

Di ruangan komen, figura yang terkenal dengan tagline #VillagePeople ini mendapat pujian wargamaya atas idea kreatif yang diberikan.







Pengikut Faiz juga berterima kasih kepada jejaka ini kerana menghargai mereka yang mencari rezeki dengan menjadi penghantar makanan.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka jika terpaksa keluar, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!