Puteri bongsu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah mencuri perhatian wargamaya apabila memotong rambutnya yang panjang mengurai.

Menerusi laman sosial Twitter, Tengku Puteri Jihan berkongsi foto rambut sebelum dan selepas yang dipotong oleh kakaknya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah untuk tatapan umum.“Saya bagi @tengkuafzan1 potong rambut saya sebab ramai orang cakap jangan potong. Jadi lagilah saya nak potong rambut,” tulisnya menerusi satu kicauan.

Menerusi foto yang dikongsi, menunjukkan rambut Tengku Puteri Jihan yang telah dipotong sebanyak enam inci.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya memuji penampilan terkini Tengku Puteri Jihan.“So cute bila Tengku potong rambut. Lemak manis di sukai ramai,” puji seorang wargamaya.

“Tengku mewakili anak-anak Malaysia betul. Macam tu lah perangai, lagi orang larang lagi nak buat,” usik seorang wargamaya.

“Tengku Afzan ni serba bolehlah, kira petik jari je semua menjadi, hebat!” kata seorang wargamaya.

“Gambar yang pertama tu macam cerita pontianak harum sundal malam. Gambar yang kedua tu baru nampak macam tuanku puteri,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 2,000 ulang kicau dan 18,000 tanda suka daripada warga Twitter.