COVID-19: Lancar SS Delivery, Perkhidmatan Penghantaran Syed Saddiq Percuma Untuk Warga Muar

Azwa Rahman
Mac 20, 2020 09:42 MYT
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah melancarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma untuk semua penduduk kawasan tersebut.
Menerusi laman sosial Instagram, beliau memuat naik sekeping foto pemberitahuan berita baik tersebut untuk tatapan umum.
“Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bagi membendung wabak COVID-19, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar menyediakan khidmat penghantaran bagi penduduk Parlimen Muar,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Memberi keutamaan kepada warga emas, golongan kurang sihat serta orang kelainan upaya, antara barangan yang boleh dihantar termasuklah ubat-ubatan, keperluan asas dan barangan runcit.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam meringankan beban penduduk kawasannya.
“Wow. Terlebih function ni. Syed Saddiq, saya pertahankan anda,” komen seorang wargamaya.
“Terima kasih untuk dedikasi awak, pasti usaha ini akan diingati.#KitaJagaKita #DudukRumahDiamDiam,” kata seroang wargamaya.
“Kalau saya nak Syed Saddiq yang hantar barang tu boleh?” usik seroang wargamaya.
“Untungnya orang-orang Muar!” puji seorang wargmaya lagi.
Penduduk Muar yang ingin menggunakan perkhidmatan ini boleh menghubungi talian yang tertera.
#Syed Saddiq #COVID-19 #Penduduk Muar