Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 6,387 hari ini.

Perkara itu diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi.

Menurut KKM, jumlah keseluruhan kini sudah mencecah 785,039 kes.

Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor adalah yang paling tinggi dengan 2,610 dicatatkan.

Bilangan itu kemudian diikuti Kuala Lumpur sebanyak 819, Negeri Sembilan 532 dan Sarawak 424 kes.

Negeri lain pula mencatatkan 400 kes ke bawah.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan mengikut negeri di bawah.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!