Hari ini Malaysia mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 1,448.

Jumlah berkenaan meningkat sedikit berbanding semalam 1,208.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes keseluruhan kini adalah sebanyak 317, 717.

Selangor mencatatkan pertambahan kes iaitu sebanyak 561 diikuti Johor (273), Sarawak (199) dan Kuala Lumpur (103).

Kes sembuh hari ini sebanyak 2,137 kes manakala kes kematian pula merekod lima pesakit.

Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.