Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan sebanyak 3,120 jangkitan baru virus COVID-19 pada Selasa.

Jumlah berkenaan meningkat berbanding semalam iaitu 2,500 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, Selangor kekal tertinggi dengan 675 kes baharu positif COVID-19.

Ia diikuti dengan Sarawak dengan 620 kes, Kuala Lumpur (408), Johor (336) dan Kelantan (296).

Tiga lagi negeri yang merekodkan tiga angka adalah Pulau Pinang dengan 167 kes, Kedah (155) dan Perak (117).

Hanya Perlis satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu positif COVID-19.

Dalam pada itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam daerah di Selangor dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 6 sehingga 17 Mei ini.

Enam daerah terbabit adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!