Malaysia hari ini mencatatkan kes COVID-19 sebanyak 3,346 kes.

Jumlah berkenaan sedikit menurun berbanding 4,275 semalam.

Menerusi kenyataan dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jumlah kes keseluruhan adalah 183,801.

“Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 950 diikuti Sabah (431) Kuala Lumpur (390) dan Johor (378),” kata kenyataan tersebut.

Tambah KKM, kes kematian hari ini pula mencatatkan 11 pesakit.

“Kes. sembuh pula pula sebanyak 4,427 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 141,446,” katanya.

Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.