Malaysia mencatat 6,976 kes baharu COVID-19 hari ini iaitu yang tertinggi sejak negara dilanda wabak itu pada Februari tahun lalu.

Kali terakhir Malaysia merekodkan angka harian tertinggi ialah pada 20 Mei lalu membabitkan sebanyak 6,806 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,235 kes diikuti Sarawak (663 kes) dan Kelantan (626 kes).

“Selain itu, Johor (549 kes), Kuala Lumpur (447 kes), Negeri Sembilan (434 kes), Kedah (422 kes), Pulau Pinang (372 kes), Perak (279 kes),
Terengganu (266 kes), Pahang (263 kes), Melaka (209 kes) dan Sabah (136 kes)

“Putrajaya pula dengan 30 kes manakala, Labuan merekodkan 37 kes baharu dan Perlis sebanyak lapan kes,” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini.


Sumber: Kosmo Online