COVID-19 "Mana Yang Mampu Kita Tolong" - Altimet ‘Belanja’ Pizza, Hargai Jasa Petugas Hospital

Hanafis Haris
Mac 23, 2020 08:11 MYT
Sebagai menghargai keringat dan pengorbanan petugas hosital yang bekerja demi memerangai COVID-19, penyanyi rap, penulis lagu dan produser Altimet mengambil keputusan untuk melakukan sedikit sumbangan.
Menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad dilihat menyumbangkan beberapa kotak pizza kepada kakitangan hospital.
"Kami buat pizza je, bukan orang frontline KKM, bidang perubatan ni.
"Tapi tiap kali kami dapat order 1 pizza, kami buat lebih satu. Lepas pastu hantar kat hero kita ni. Mana yang mampu kami tolong," katanya sebagai kapsyen.
Difahamkan, bantuan itu disalurkan kepada petugas di Hospital Selayang.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen memuji usaha murni yang dilakukan Altimet itu.
Kebanyakannya menganggap perkara sebegitu wajar dijadikan contoh oleh usahawan serta rakan artis yang lain.
Untuk rekod, Altimet sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia sedang melabur dalam sebuah syarikat restoran pizza yang mempunyai beberapa cawangan di dalam kawasan Lembah Klang.
Menurut Altimet, pelaburan itu merupakan salah satu perancangan untuk menjana pedapatan selepas bersara sebagai seorang penyanyi.
BACA: "Saya Telah Melabur Dalam..." - Altimet
#Altimet #Altimet #Pizza #COVID 19