Kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang lalu mencatatkan penurunan kepada 15,764 kes dilaporkan hari ini, berbanding sebanyak 17,150 kes semalam.

Ia sekali gus membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,146,186 sejak pandemik bermula di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, berdasarkan jumlah kes baharu, negeri Selangor masih penyumbang tertinggi penularan kes harian dengan 6,067 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,536) dan Johor (1,222).

Sehingga 2 Ogos 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 15,764 kes (1,146,186 kes).

Berikut pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 6,067 (419,812)
Kuala Lumpur - 1,536 (126,649)
Johor - 1,222 (92,950)
Sabah - 1,166 (86,889)
Sarawak - 411 (77,717) Negeri Sembilan - 862 (73,162)
Kedah - 1,108 (48,250)
Pulau Pinang - 667 (47,252)
Kelantan - 552 (44,005)
Perak - 748 (39,120)
Melaka - 463 (32,515)
Pahang - 475 (25,587)
Terengganu - 425 (17,802)
WP Labuan - 7 (9,673)
WP Putrajaya - 46 (4,069)
Perlis - 9 (734)