Malaysia mencatatkan 1,767 kes positif baru COVID-19 hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak merekodkan jumlah kes tertinggi sebanyak 607 kes diikuti Selangor sebanyak 483 kes.

Perkara itu dikongsi menerusi satu kemas kini di akaun Twitter rasmi beliau.

Sementara kebanyakan negeri lain masih mencatat kes baru, lain pula di Perlis kerana negeri berkenaan mencatatkan sifar kes hari ini.

Teruskan mematuhi SOP dengan sebaiknya dan amalkan semua langkah yang boleh mencegah penularan wabak COVID-19.

Berhati-hati ketika keluar ke Bazar Ramadan membeli juadah untuk berbuka, ikut SOP yang ditetapkan, ingat, risiko ada di mana-mana.