Jumlah kes baharu harian COVID-19 dalam negara menurun kepada 7,748 kes dalam tempoh 24 jam lalu berbanding 8,209 kes pada Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan terbaharu di Twitternya hari ini berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 603,122 kes.

Selangor kekal menjadi negeri penyumbang kes harian tertinggi dengan 2,612 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur (851 kes), Negeri Sembilan (709 kes), Sarawak (706 kes) dan Johor (446 kes).

Berikut merupakan pecahan kes baharu setiap negeri dan jumlah kumulatif :

Selangor - 2,612 (197,459)
Sabah - 287 (63,306)
WPKL - 851 (61,824)
Johor - 446 (60,566)
Sarawak - 706 (49,920)
Pulau Pinang - 376 (30,112)
Kelantan - 286 (29,560)
Negeri Sembilan - 709 (28,573)
Perak - 371 (22,000)
Kedah - 263 (20,064)
Melaka - 234 (13,100)
Pahang - 146 (10,285)
Terengganu - 203 (9,523)
WP Labuan - 230 (4,335)
WP Putrajaya - 20 (1,964)
Perlis - 8 (531)