Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia mencatatkan sebanyak 7,097 hari ini.

Jumlah berkenaan sedikit rendah berbanding semalam iaitu 7,654 kes direkodkan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , jumlah keseluruhan pula sudah mencecah 799,790 kes.

Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor adalah yang paling tinggi dengan 3,119 kes.

Bilangan itu kemudian diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,005 dan Negeri Sembilan 788.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan mengikut negeri di bawah.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!