Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia masih merekodkan angka lebih 9,000 apabila mencatatkan sebanyak 9,105 hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan pula sudah mencecah 836,296 kes.

Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor adalah yang paling tinggi dengan 4,682 kes.

Bilangan itu kemudian diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,247 dan Negeri Sembilan 541.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan mengikut negeri di bawah.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!