COVID-19: Melonjak Naik Hampir 1,000 Kes! Malaysia Catat 4,498 Jangkitan Baharu

Zulaikha Yusof
Mei 7, 2021 10:23 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan sebanyak 4,498 jangkitan baru virus COVID-19 pada Jumaat.
Jumlah berkenaan melonjak hampir 1,000 kes berbanding semalam iaitu 3,551.
Menurut Dr Noor Hisham, Selangor kekal tertinggi dengan 1,424 kes baharu positif COVID-19.
Ia diikuti dengan Sarawak dengan 750 kes, Kuala Lumpur (436), Johor (327) dan Pulau Pinang (313).
Tidak ada negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu positif COVID-19.
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 terkini adalah sebanyak 432,425 kes.
Di bawah ini disertakan pecahan kes mengikut negeri:
Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#KKM #Selangor #COVID-19 #Kes Baharu