COVID-19: Meningkat! 6,210 Kes Baharu Hari Ini

Azwa Rahman
Oktober 21, 2021 09:36 MYT
Malaysia mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini iaitu 6,210 berbanding 5,516 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,413,592 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Sehingga 21 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,210 kes (2,413,592 kes). Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/N5tZKZdHeq Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Katanya, kadar positiviti yang dicatatkan pada hari ini adalah sebanyak 4.28 peratus.
Kredit foto: Rian Maelzer/CGTN
#Malaysia #COVID-19 #Kes Meningkat