Negara mencatat 5,162 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Ahad, sedikit menurun berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,546,309 kes.

Sementara itu, data COVIDNOW merekodkan pertambahan 55 lagi kes kematian dengan angka kumulatif adalah sebanyak 29,631 individu.

Jumlah itu juga termasuk 11 kes 'brought in dead' (BID) atau kes kematian di luar hospital.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika berada di tempat awam.

Selain itu, amalkan juga pelbagai langkah kebersihan yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya itu.


Sumber: Astro AWANI

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!