Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 1,354 kes jangkitan baru virus COVID-19 di negara pada hari ini.

Jumlah berkenaan menurun berbanding semalam iaitu 1,470 kes.

Daripada angka tersebut, Selangor masih mencatat jumlah harian tertinggi iaitu 577 kes.

Sarawak berada di kedudukan kedua apabila mencatat 178 kes dan diikuti dengan Pulau Pinang iaitu 154 kes.

Tiga kluster baharu dilaporkan melibatkan dua kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti iaitu Jalan Tun Mutalib Tiga Johor, Jalan Sutera Selangor dan Begalak Sarawak.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!