Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia menyaksikan peningkatan amat mendadak apabila mencatatkan sebanyak 9,180 hari ini.

Jumlah itu menjadikan angka tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan pula sudah mencecah 817,838 kes.

Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor adalah yang paling tinggi dengan 4,400 kes.

Bilangan itu kemudian diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,271 dan Negeri Sembilan 899.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan mengikut negeri di bawah.

Sementara itu menerusi tinjauan media sosial, rata-ratanya terkejut dengan jumlah berkenaan.

Malah, ramai di antara mereka risau sekiranya jumlah tersebut melebihi 10,000 kes.

Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!