Penularan wabak COVID-19 dalam negara nampaknya masih belum menunjukkan kesan positif malah menyaksikan peningkatan apabila dalam tempoh 24 jam lalu sahaja ia hampir menceceh ke angka 20,000.

Sebanyak 19,819 kes baharu direkodkan sekali gus menjadikannya paling tinggi dalam sejarah sejak pandemik ini melanda dunia umumnya dan Malaysia khususnya.

Pertambahan angka berkenaan juga sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara ini sebanyak 1,183,110.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih terus merekodkan kes harian tinggi iaitu sebanyak 8,377 diikuti Kuala Lumpur (2,467) dan Kedah (1,371).

Berikut merupakan pecahan kes Covid-19 mengikut setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 8,377 (434,025)
Kuala Lumpur - 2,467 (131,425)
Johor - 1,162 (95,387)
Sabah - 949 (88,848)
Sarawak - 552 (78,763)
Negeri Sembilan - 800 (74,778)
Kedah - 1,371 (50,657)
Pulau Pinang - 867 (48,917)
Kelantan - 1,003 (45,923)
Perak - 662 (40,749)
Melaka - 508 (33,531)
Pahang - 558 (26,773)
Terengganu - 481 (18,712)
WP Labuan - 5 (9,683)
WP Putrajaya - 46 (4,187)
Perlis - 11 (752)

Sumber: Twitter DG Hisham