Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia sekali menyaksikan peningkatan amat mendadak apabila mencatatkan sebanyak 9,353 hari ini.

Jumlah itu menjadikan angka tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan pula sudah mencecah 827,191 kes.

Menerusi statistik dikeluarkan, Selangor adalah yang paling tinggi dengan 4,277 kes.

Bilangan itu kemudian diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,398 dan Melaka 835.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan mengikut negeri di bawah.



Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!