COVID 19: Pecah Rekod! Malaysia Catat 4,275 Kes Positif Baharu Hari Ini

Hanafis Haris
Januari 23, 2021 10:43 MYT
Malaysia sekali lagi catat rekod kes tertinggi COVID-19 dengan jumlah sebanyak 4,275 hari ini.
Menerusi kenyataan dikeluarkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kes hari ini adalah tertinggi pernah dilaporkan berbanding sebelum ini 4,029 kes pada 16 Januari lalu.
“Kes baharu positif hari ini membabitkan 4,264 kes tempatan dan 11 import.
“Jumlah positif keseluruhan 180,455 kes,” katanya.
Jelasnya KKM lagi, hari ini juga mencatatkan 7 kematian.
“Walaubagaimanapun, kes sembuh hari ini iaitu 4,313 adalah tertinggi pernah dilaporkan.
“Terima kasih petugas kesihatan barisan hadapan atas jasa, pengorbanan dan perkhidmatan anda,” kata kenyataan tersebut.
Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.
#KKM #Covid19 #Pandemik #DGHISHAM