Penularan wabak COVID-19 mencetus kebimbangan di kalangan masyarakat sekaligus menyebabkan langkah berjaga-jaga diambil.

Antara inisiatif yang diambil ialah dengan mendapatkan kit pencegahan virus seperti topeng muka (penutup mulut dan hidung), cecair pencuci tangan beralkohol, pengesan suhu badan, penyembur udara dan tisu basah anti bakteria.

Bagaimanapun agak menyedihkan apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menjual barangan tersebut dengan harga yang tinggi dan tidak masuk akal.

Tinjauan Gempak mendapati, pengguna mula mengeluh apabila harga topeng muka kini mencecah RM20.

Malah alat pengesan suhu badan juga dijual dengan harga sehingga RM339 dan tisu basah anti bakteria naik melambung di antara RM45 sehingga RM65!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini mengeluarkan amaran supaya peniaga tidak menaikan harga topeng muka kerana termasuk dalam kategori harga terkawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Semalam, sebuah farmasi di Selayang dikompaun RM20,000 kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga kawalan.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang susulan aduan orang awam berhubung penjualan penutup hidung dan mulut melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Peniaga tersebut telah menjual penutup hidung dan mulut jenis 2-ply dengan harga sekeping RM1 sedangkan harga kawalan yang telah ditetapkan ialah 20 sen sekeping.

Ini senarai harga topeng muka yang perlu peniaga patuhi dan masyarakat tahu.