Personaliti media sosial Khairul Aming mencuri perhatian wargama apabila berkongsi satu resipi mudah untuk dicuba sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Menerusi laman sosial Instagram, Khairul berkongsi resipi spaghetti sardin yang cukup mudah untuk tatapan umum.

“Resipi Kawalan Pergerakan: Spaghetti sardin,” tulisnya di ruangan kapsyen beserta bahan-bahan masakan.

Resepi Kawalan Gerakan : Spaghetti Sardin Bahan2/Ingredients: ?1/2 biji bawang holland (1/2 holland onion) ?2 ulas bawang putih (2 cloves garlic) ?1 sudu cili boh (1 tbsp chilli paste) ?1 tin kecil sardin (1 small can sardine) ?1 sudu kicap manis (1 tbsp sweet soy sauce) ?Cili padi (chillies) ?Garam (salt) ?1/2 packet of angel hair spaghetti .

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on


Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan maklum balas yang positif terhadap resipi yang dikongsi.

Malah, ramai yang turut memohon Khairul berkongsi 14 resipi untuk dicuba sepanjang tempoh kawalan pergerakan yang akan berakhir pada 30 Mac ini.

“Banyak sikit buat resipi dua minggu ni. Ramai duk ketang-ketung kat dapur sepanjang dua minggu ni,” komen seorang wargamaya.

“Sedapnya makan waktu-waktu kena duduk rumah macam ni,” kata seorang wargamaya.

“Terima kasih bagi idea! Stok sardin aku ada banyak kat rumah ni,” ujar seorang wargamaya lagi.

Menerusi video resipi berdurasi satu minit itu juga, Khairul sempat menasihati pengikutnya agar duduk di rumah, sentiasa mencuci tangan dan belajar memasak.

Sehingga kini, perkongsian resipi itu telah menerima hampir setengah juta tontonan.