Berita
“COVID-19 Pun Takut Nak Hinggap!”- Rozita Che Wan Buat Mask Dari Batu Permata
Pelakon Rozita Che Wan akui masa yang banyak terluang ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) menyebabkan dia menghasilkan topeng muka dari batu permata.
Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memberitahu itu salah satu aktivitinya ketika meluangkan masa di rumah.
“Jangan lupa pakai mask. Saya bukan setakat pakai mask, dah lemas dah ni..
“Memasak dah, mengemas pun dah, semua bahagian dah selak.
“Menjahit pula lah.. ni lah hasilnya (topeng muka),” katanya.
Che Ta berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, dia memuat naik fotonya yang memakai topeng tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang tertarik dengan hasil jahitannya.
“Wowwww... Ni confirm korona laqi tak berani nak menyeludup masuk.
“Virus pun takut nak hinggap.
“Cantiknya pandai Che Ta buat.
“Nak order 1!” antara komen yang menarik di entri tersebut.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Ia berikutkan peningkatkan kes COVID-19 di Malaysia yang sehingga kini mencecah lebih 2,000 orang dan 26 rekod kematian.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video