Malaysia mencatatkan kes COVID-19 tertinggi setakat hari ini apabila sudah menjangkau 5,725.

Jumlah berkenaan meningkat banyak berbanding kes semalam 4,094.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes keseluruhan kini adalah sebanyak 203,933.

Selangor mencatatkan pertambahan kes iaitu sebanyak 3,126 diikuti Kuala Lumpur (687) dan Johor (684).

Kes sembuh hari ini sebanyak 3,423 kes manakala kes kematian pula merekod 16 pesakit.

Anda boleh lihat jumlah pecahan kes mengikut negeri di bawah.




Foto: Sinar Harian & KKM