Pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid mengambil langkah proaktif untuk mengeluarkan produk sanitizer sendiri.

Produk yang diberi nama Lifecare Hand Sanitizer itu kata Safawi antara inisiatif untuk membendung penularan wabak Covid-19.

"Saya sudah keluarkan produk hand sanitizer sendiri sebab saya lihat banyak sanitizer di pasaran sudah berkurangan.

"Saya harap dapat kurangkan jangkitan Covid-19 di Malaysia," katanya dalam sepotong rakaman video di Instagram.

Stay home,stay clean,stay safe and place your hand sanitizer order now!! @safawirofficial

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on


Malah, produk itu bersesuaian bagi dirinya selaku atlit yang aktif bersukan dan berlatih setiap hari.

"Saya sebagai atlit sangat mengutamakan kesihatan kerana latihan diwajibkan setiap hari dan terdedah kecuali restricted movement ni sehingga 31 March.

"Produk ini saya keluarkan demi memastikan kita semua dalam keadaan bebas kuman dan virus," tambah Safawi.

Semakin hari kes dicatatkan semakin tinggi di Malaysia,wabak Covid19 ni sangat bahaya kalau kita xbendung dengan cara membersihkan diri dan sanitize tangan selalu bila bersentuhan mungkin risiko dijangkiti ada.. . . .Saya sebagai Athlete sangat mengutamakan kesihatan kerana latihan diwajibkan setiap hari dan terdedah kecuali restricted movement ni sehingga 31 March.. LIFECARE HAND SANITIZER ni saya keluarkan demi memastikan kita semua dalam keadaan bebas kuman dan virus.. . . .Siapa nak stock up Sanitizer? Reply YES?????? Contact : 0132967084

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on


Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!