COVID-19: Sebanyak 1,041 Kes Baharu Dicatat, 1,405 Kes Telah Pulih!

Azwa Rahman
November 21, 2020 10:46 MYT
Seramai 1,405 pesakit pulih hari ini, mengatasi 1,041 kes baru COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan keseluruhan 40,493 atau 75.4% pesakit sudah sembuh daripada 53,679 kes positif COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 2 kes import dan 1,039 jangkitan tempatan dicatatkan hari ini.
“Tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini adalah Selangor sebanyak 402 kes (38.6%), diikuti Sabah 346 kes (33.2%) dan Negeri Sembilan 121 kes (11.6%),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, seramai 12,854 pesakit COVID-19 sedang dirawat di seluruh negara, dengan 45 daripada 108 orang yang ditempatkan di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.
Terdapat 3 kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan 332 atau 0.6% kematian setakat ini.
Sumber: Free Malaysia Today
#Malaysia #KKM #COVID-19