Angka jangkitan baharu COVID-19 sedikit menurun hari ini berbanding semalam apabila mencatatkan 16,840 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,095,486 kes.

Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 6,092 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur ( 2,114 ), Kedah (1,281), Johor (1,104), Negeri Sembilan (1,079) dan Sabah (1,066).