Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 4,765 kes jangkitan baru COVID-19 di negara pada hari ini.

Jumlah itu menyaksikan peningkatan mendadak memandangkan semalam Malaysia mencatatkan 3,973 kes.

Menurut KKM, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2,082 kes.

Kuala Lumpur juga agak tinggi dengan 540 kes diikuti Sarawak (405), Johor (348).

Negeri lain pula berada di bawah 300 kes menjadikan umlah keseluruhan setakat ini adalah 453,222 kes.

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan di bawah.