Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

COVID 19: Setelah Beberapa Hari, Kes Positif Covid 19 Menurun, 589 Kes Baharu, 3 Kematian

Asraf Aided 15/10/2020 | 10:58 MYT
Jumlah kes terbaru COVID-19 di negara kita masih berada di tahap yang membimbangkan.
Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Instagram rasmi mereka, jumlah kes baru hari ini mencatat sebanyak 589 pesakit.
Tiga daripada jumlah itu merupakan kes import, manakala baki 586 adalah kes tempatan.
Jumlah kes keseluruhan di Malaysia pula telah mencecah 18,129 setakat ini. Namun jumlah kes sembuh hari ini juga menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah seramai 409 orang sekaligus menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan sebanyak 12,014 kes.
Sementara itu, jumlah kes aktif yang masih dirawat adalah sebanyak 5,945 kes dimana 103 pesakit dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 31 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan, terdapat 3 kes kematian baru hari ini menjadikan kes kematian keseluruhan di Malaysia sebanyak 170.
Orang ramai dinasihati untuk sentiasa menjaga kesihatan, lakukan semua langkah pencegahan, kerap membasuh tangan atau gunakan 'hand sanitizer' selepas menyentuh permukaan berisiko, elak tempat sesak, pakai pelitup muka dan patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kredit Foto: Freepik
#COVID-19 #Kes Baru