Hari ini, 6 Disember 2020, terdapat 1,335 kes baharu yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 1,069 kes sembuh dan terdapat dua kes kematian warga emas.

126 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 57 kes memerlu bantuan alat pernafasan.



Daripada 1,335 kes hari ini, 3 daripadanya merupakan kes import.

Selangor masih mencatat jumlah tertinggi dengan 337 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan 258 kes, Sabah 250 kes, Kuala Lumpur 178 kes dan Johor 125 kes.



Teruslah mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti menjaga penjarakan lebih daripada satu meter, memakai penutup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan dan keluar rumah hanya bila perlu.

Sama-sama kita memutuskan rangkaian Covid-19 di Malaysia.