Taman tema Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh, Perak ditutup sementara kerana salah seorang pengunjung disyaki terlibat COVID-19.

Menurut kenyataan pihak pengurusan taman tema itu, mereka difahamkan secara lisan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kes tersebut.

Sehubungan itu, katanya, mereka akan menutup Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel selama 14 hari, bermula 13 Oktober hingga 26 Oktober 2020.

Ia bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan yang mendalam di sekitar taman tema dan hotel untuk melindungi para pengunjung dan orang ramai.

KKM juga telah segera melakukan pengesanan kontak kepada semua kontak rapat yang berpotensi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sunway Lost World Of Tambun.

Sumber: Astro Awani