Meskipun negara kita sedang memasukI fas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun pandemik ini mampu menjadi kerisauan berterusan di peringkat global.

Itulah perkara yang diingatkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom dalam taklimatnya pada Isnin.

Amaran itu juga telah mendapat perhatian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyeru rakyat Malaysia untuk tidak alpa untuk terus menghapuskan pandemik ini.

"WHO memberi amaran pandemik COVID-19 belum berakhir malah boleh menjadi semakin teruk dan melarat.

"Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom berkata, lebih ramai akan dijangkiti virus tersebut jika negara itu tiada polisi yang betul untuk uji, kesan, asing dan kuarantin," kongsi pihak KKM di akaun Instagram rasmi mereka.





Tambah Dr Tedros, pandemik yang telah meragut lebih setengah juta nyawa di seluruh dunia itu juga tidak kelihatan ia hampir berakhir.

"Kita mahu pandemik ini berakhir, kita mahu kembali kepada kehidupan asal, realiti yang sukar diterima ialah wabak ini tidak menunjukkan ia hampir untuk berakhir," katanya lagi.

Dalam pada itu, KKM juga mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak berasa selesa dengan jumlah penurunan kes di Malaysia.

"KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dengan tren penurunan kes COVID-19 di Malaysia.

"Sebaliknya, orang ramai perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa," tambah mereka.

Amaran WHO: KKM seru rakyat Malaysia tidak alpa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik #COVID19 belum berakhir malah boleh menjadi semakin teruk dan melarat. Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom berkata, lebih ramai akan dijangkiti virus tersebut jika negara itu tiada polisi yang betul untuk uji, kesan, asing dan kuarantin. "Kita mahu pandemik ini berakhir. Kita mahu kembali kepada kehidupan asal. Realiti yang sukar diterima ialah wabak ini tidak menunjukkan ia hampir untuk berakhir," katanya dalam taklimat WHO secara maya pada Isnin. Lebih setengah juta meninggal dunia di seluruh dunia, separuh daripadanya di Amerika Syarikat dan Eropah manakala di Amerika Selatan menunjukkan peningkatan semakin membimbangkan terutama di Brazil, Peru dan Chile. Wabak #COVID19 juga terus memuncak di Asia Selatan terutama India, Bangladesh dan Pakistan serta benua Afrika terutama Afrika Selatan. Walaupun beberapa negara menunjukkan perkembangan positif, di peringkat global jangkitan semakin meningkat mendadak, kata Dr Tedros. Mengambil kira amaran itu dan perkembangan semasa di seluruh dunia, KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dengan trend penurunan kes #COVID19 di Malaysia. Sebaliknya, orang ramai perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa. "Kerjasama semua pihak amat penting untuk kita sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID19 di Malaysia," kata ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini. Gambar Ain Hafizah.

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia) on


Kredit Foto (Main Image) : Ain Hafizah