Kita memasuki hari ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac lalu untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Perintah ini perlu diikuti oleh orang ramai dan ia berjalan sehingga 31 Mac 2020.

Biarpun perintah ini mengehadkan aktiviti di luar rumah seperti bekerja di pejabat seperti biasa, masih ada syarikat yang mengamalkan konsep 'work from home' (WFH) yang lebih memudahkan!

Bagi anda yang WFH, pastinya ada yang sudah mula rasa lemau!

Haaaa... Perkara ini memang biasa!

Masakan tidak, kita sudah selesa bekerja dalam suasana dan persekitaran kondusif di pejabat, bila beralih untuk bekerja dari rumah, mesti rasa malas tu datang menerpa kan?

Gempak senaraikan lima tips menarik yang boleh diamalkan untuk anda yang sedang WFH!

#1 Bangun, mandi, segarkan badan!

Macam mana tak lemau kalau anda malas mandi! Kalau hari Sabtu dan Ahad tu, sudah menjadi kebiasaan orang ramai ketika cuti hujung minggu, mesti nak mandi lambat kan?

Sama juga dengan WFH! Mesti ada yang bangun-bangun je, terus buka laptop dan bereskan kerja yang ada... Lepas tu mulalah rasa tak bermaya dan mengantuk balik!

Untuk elak rasa lemau tu, apa kata anda bangun dan terus mandi, barulah buat kerja, segar sikit badan tu!

#2 Ruang bekerja yang bersesuaian

Untuk anda yang WFH, Gempak sarankan supaya anda cari satu ruang dalam rumah. Pastikan tempat tu ada kerusi dan meja, sesuai untuk anda buat kerja.

Bukan apa, kalau anda buka laptop atau buat kerja dari atas katil, semestinya perasaan malas dan lemau tu mula menjadi raja dalam diri sendiri! Nampak bantal mestilah ngantuk, kan?

#3 Sediakan checklist, mudahkan kerja anda!

Ini paling penting! Anda perlu siapkan dahulu checklist kerja mana yang harus anda utamakan terlebih dahulu serta semua kerja yang perlu anda habiskan pada hari terbabit.

Perkara ini penting untuk anda mengelakkan kelam kabut dan rasa serabut bekerja dari rumah!

#4 Rehat jangan dilupakan!

Kalau fokus kerja je, tak best juga kan? Pastikan anda tak terperap depan laptop siapkan kerja non-stop.

Dapatkan rehat selama lima sehingga lima belas minit untuk kekal segar sepanjang WFH, barulah tak lemau badan tu!

#5 Sediakan snek atau kudap-kudap!

Ha, ni paling best. Untuk anda kekal cergas dan segar ketika tempoh WFH, apa kata siapkan snek macam buah-buahan segar ke, kekacang ke...

Sambil buat kerja tu, boleh kunyah-kunyah. Pastinya anda akan terus segar dan tak lemau buat kerja dari rumah!

Akhir sekali, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Kredit foto: Aleteia, Times of India