Berita
COVID 19: Tiada Kes Kematian, Selangor Dan Sabah Masing-Masing Catat 320 Kes Baharu
Dalam sidang media perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memberitahu terdapat 1,144 kes sembuh pada hari ini, 4 Disember 2020.
Terdapat kes harian baharu sebanyak 1,141 kes dan daripada jumlah tersebut, 3 adalah kes import dan 1,138 kes tempatan.
129 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 53 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Negeri Selangor dan Sabah mencatat kes terbaharu tertinggi masing-masing dengan 320 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur 256, Johor 69, Pulau Pinang 48 dan Perak 47 kes. Berikut adalah pecahan mengikut negeri pada 4 Disember 2020.
Ada 8 kluster baharu yang muncul dan 4 kluster yang telah tamat. Tidak ada kes kematian yang dilaporkan pada hari ini.
Dr Noor Hisham terus menerus menegaskan supaya semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk memutuskan rantaian Covid-19.