"COVID-19 Tidak Akan Hilang Dan Sentiasa Ada Seperti Virus.." - WHO

Hanafis Haris
Mei 14, 2020 09:37 MYT

Agak sukar untuk 'dihadam', namun itulah kenyataan dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut pegawai kanan WHO Dr Mike Ryan, koronavirus baru atau COVID-19 tidak akan hilang tetapi sentiasa ada seperti virus HIV.

"Adalah penting untuk kita ingatkan Virus ini adalah endemik di dalam komuniti. Ia mungkin tidak akan lenyap begitu sahaja," katanya.

Menurutnya, semua pihak perlu realistik dan tiada yang boleh menjangka bila Covid-19 akan lenyap.

"Saya fikir tiada jaminan dalam hal ini dan tiada tarikh (untuk virus itu lenyap). Ia akan mungkin menjadi masalah jangka panjang atau mungkin juga tidak," katanya.

Dr Mike Ryan yang bertanggungjawab berhubung isu kecemasan dengan badan dunia itu berkata demikian pada satu taklimat dalam talian, semalam.

Sumber: Fox News, Berita Harian

#Viral #Viral #WHO #COVID 19