COVID 19: Tingginya! 1,755 Kes Baharu Dicatatkan, Hanya 3 Kes Import & 2 Kematian Direkodkan

Maliah Surip
November 6, 2020 11:21 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kembali melaporkan angka baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam terakhir.
Masih kekal dengan empat angka, kes baharu yang dicatatkan pada Jumaat mencecah sebanyak 1,755, sekaligus merupakan rekod kes baharu tertinggi setakat ini.
Daripada jumlah berkenaan, 1,752 merupakan kes penularan tempatan manakal bakinya kes import.
Sementara itu, kes tertinggi harian dilaporkan di negeri Sabah iaitu sebanyak 1,199 manakala Pulau Pinang (192) diikuti Selangor (164) dan Labuan (59).
Status Terkini COVID-19 Di Malaysia (6 Nov 2020)
Kes sembuh=726
Jumlah kes sembuh=26,380 kes
Kes baharu positif=1,755
(kes import=3, kes tempatan=1,752)
Jumlah positif=38,189 kes
Kes kematian=2
Jumlah kes kematian=279 kes
Kes dirawat di ICU=83 kes
Bantuan Alat Pernafasan=32 kes
Kredit: KKM
Kredit Foto: BERNAMA
#Malaysia #COVID 19