Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

COVID 19: Tolong Kekal Di Rumah 2 Minggu Ini, Kes Baharu Menurun, 659 Kes Direkodkan

Maliah Surip
31/10/2020 11:24 MYT
Kes baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan pertambahan kes sebanyak 659 kes baharu pada Sabtu, 31 Oktober 2020.

Angka tersebut bagaimanapun menurun berbanding semalam yang mencatatkan sebanyak 799 kes baharu.

Daripada 659 kes baharu, hanya 1 kes import dicatatkan dengan jumlah kumulatif terkini kes dalam negara ialah 31, 548 kes.

Sementara itu, 1,000 kes sembuh baharu dengan tiada kematian baharu (0) direkodkan.

"Maka dengan ini dicatatkan jumlah kematian baharu kekal 249 jumlah kematian," kata
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian yang diadakan petang tadi.



Dalam sidang media yang sama, seperti sebelumnya, Dr Noor Hisham menyeru rakyat Malaysia agar kekal di rumah selama dua minggu dalam usaha memutuskan rantaian Covid 19.

"Kita juga boleh kawal dan putuskan rantaian Covid 19 dalam negara kita. Saya mohon untuk kekal di rumah.

"Oleh itu saya mengingatkan diri dan seluruh rakyat Malaysia, duduk di rumah untuk tempuh dua minggu saja. Dua minggu sahaja. Insya Allah kita boleh putuskan rantaian Covid 19 di negara kita," serunya.

Kredit Foto: Utusan Borneo
Instagram: KKM
#Malaysia #COVID 19 #Gelombang ketiga
;