Anggota kumpulan K-Pop terkenal, TWICE Tzuyu kini dalam proses kuarantin selepas pulang dari rumah ibu bapanya di Taiwan.

Tzuyu telah memberitahu keadaan terkininya menerusi akaun media sosial milik TWICE semalam.

Kata Tzuyu dia berada dalam keadaaan baik dan mengikut arahan seperti yang disarankan polisi pihak kerajaan Taiwan.

“Saya benar-benar seronok sekarang harap anda semua jangan bimbang.

“Saya tidak memasak atau melakukan perkara yang lain, oh jadi apa khabar anda semua? Saya harap dapat bertemu dengan peminat semua tidak lama lagi,” tulisnya.

Terdahulu, Tzuyu diarahkan pihak berkuasa Taiwan supaya melalui proses kuarantin selama 14 hari di kediamannya. Tzuyu dilaporkan tiba di Taiwan pada 3 Mac.

Tzuyu sebelum ini telah mendermakan sebanyak AS$42,000 (kira-kira RM180,000) bagi mengekang penularan COVID-19 di Korea Selatan.