Covid Fighter! Selepas Hampir Sebulan Bertarung, Fazli Zainal Akhirnya Dibenarkan Discharge!
28/08/2021 04:38 MYT
Selepas hampir sebulan ditempatkan di hospital akibat virus Covid-19, penyanyi Fazli Zainal akhirnya dibenarkan pulang petang ini.
Menurut pelantun lagu Harapan itu, keadaannya kini semakin pulih biarpun kadar oksigen yang tidak menentu.
“Insya-Allah petang ni dah boleh discharge.
“Kadar oksigen tu susah nak cakap, kadang turun naik,” katanya.
Jelasnya, dia juga perlu menjalani rawatan susulan sebulan kali untuk memastikan keadaan kesihatannya pada tahap terbaik.
“Saya masih kena pantau guna mesin yang disewa sampailah betul-betul sembuh, mungkin dalam tempoh enam bulan.
“Lepas tu kena datang rawatan susulan ‘post covid’ sebulan sekali.
“Apapun terima kasih kepada semua yang terus mendoakan kesembuhan saya,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Fazli telah dikejarkan ke hospital selepas paras oksigen dalam tubuh badannya menurun ke 75 peratus.
Susulan itu, dia dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) bagi meningkatkan kembali tahap oksigen dalam tubuh badannya.
BACA:Positif Covid-19, Fazli Zainal Perlu Bantuan Oksigen