Berita
COVID-19: 1,012 Kes Jangkitan Baharu, Selangor Catat Kes Harian Tertinggi
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 1,012 kes jangkitan baharu virus Covid-19 dicatatkan pada hari ini yang mana tujuh daripadanya merupakan kes import.
Selangor merekodkan negeri paling tinggi kes jangkitan harian dengan 417 kes diikuti Sabah (271) dan Johor (108).
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif di negara ini sebanyak 10,862 kes yang mana 126 pesakit dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU), 62 orang lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, sebanyak 1,750 kes dilaporkan berjaya sembuh, manakala empat kematian direkodkan hari ini.
Jumlah keseluruhan mangsa yang maut akibat jangkitan Covid-19 seramai 388 orang.
Setakat 8 Disember 2020, sebanyak 75,306 kes jangkitan Covid-19 sudah direkodkan di negara ini.