Laman Utama
COVID-19: 10,710 Kes Baharu, Johor Catat Peningkatan Membimbangkan
Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia masih lagi merekodkan angka melebihi 10,000 kes apabila 10,710 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif negara kini ialah 916,561 kes.
Menurutnya, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian dengan 4,828 kes.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini diikuti Kuala Lumpur dengan 945 kes, Johor; 808 kes, Negeri Sembilan; 771 kes , Kedah ; 696 dan Sabah ; 666 kes.
Melihat kepada penurunan angka kes pada hari ini, ramai wargamaya meluahkan rasa lega mereka dan berharap ia semakin menurun hari demi hari.
“Alhamdulillah. Hopefully it's getting better,” komen seorang wargamaya.
“Hope it will go back down to 0 as soon as possible,” ujar seorang wargamaya.
“Johor dan Sabah okay ke tu?” tanya seorang wargamaya.
“Slow-slow turun please, slowly but surely,” tulis seorang wargamaya lagi.