BERITA
COVID-19: 1,168 Kes Baharu, Malaysia Catat Jumlah Pesakit Sembuh Tertinggi, 1,029. Terima Kasih KKM!
Kes baharu COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan kes sebanyak 1,168 kes baharu pada Sabtu, 7 November 2020 berbanding semalam.
Pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah kumulatif terkini kes dalam negara ialah 39,357 kes.
Pada hari ini juga, sebanyak tiga kematian lagi dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 282 kes kematian direkodkan.
Sementara itu, sebanyak 1,029 pesakit yang berjaya sembuh dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini sebanyak 27,409 kes.
Begitupun, sebanyak 11,666 kes lagi yang masih aktif dengan 87 pesakit daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 32 individu lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bukan bermaksud gagal.
"Saya tak lihat itu sebagai satu kegagalan. Dalam tempoh lebih dua minggu, kita berjaya mengurangkan.
"PKP ini berjaya cuma perlu pertingkatkan masa. Kenapa kita pilih PKPB? Sebab nak mengimbangi kesihatan dan ekonomi," katanya ketika sidang media, sebentar tadi.
BACA: Bermula 9 Nov, Tak Boleh Rentas Negeri! PKPB Di Semua Negeri Kecuali Perlis, Pahang & Kelantan
Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Instagram: Kementerian Kesihatan Malaysia
