Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

COVID-19: 12,528 Kes Baharu, Kes Keseluruhan Lepasi Angka 900,000

Awani
17/07/2021 08:52 MYT
Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia masih lagi merekodkan angka melebihi 10,000 kes dengan 12,528 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif Malaysia kini ialah 905,851 kes.

Menurutnya, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian namun kali ini kurang daripada 5,000 kes dengan merekodkan 4,985 kes.

Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,740 kes, Negeri Sembilan pula merekodkan 1,280 diikuti Kedah (701 kes), Sabah (647 kes) dan Johor (625 kes).

Perlis terus menjadi negeri yang merekodkan jumlah kes terendah dengan hanya satu kes direkodkan pada Sabtu.

Berikut adalah kes baharu yang direkodkan di negeri lain:

Melaka - 569 kes
Perak - 428 kes
Pulau Pinang - 396 kes
Pahang - 317 kes
Kelantan - 211 kes
Terengganu - 177 kes
WP Putrajaya -41 kes
WP Labuan - 22 kes

#Malaysia #COVID-19 #Total Lockdown