gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Shasha Abedul Sah Jadi Isteri Adam Dengan Sekali Lafaz - “Sebelum Akad Nikah Memang Rasa…”
HIBURAN
AC Mizal Ucap Terima Kasih Pada Ajai, Mohon Netizen Jangan Salah Faham - “Tiada Sakit Hati, Kami Masih Baik”
HIBURAN
Polis Siasat Motif Artis Legenda 'Serang' Shila Amzah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

COVID-19: 12,541 Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, Perlis Catat 7 Kes

Azwa Rahman
Azwa Rahman
16/07/2021
08:26 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: 12,541 Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, Perlis Catat 7 Kes
Kes harian masih tinggi namun berkurangan sedikit berbanding semalam dengan 12,541 kes menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 893,323 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,512 kes diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 1,619 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 1,542 kes.
“Seterusnya, Johor (609 kes), Melaka (575 kes), Kedah (458 kes), Sarawak (423 kes), Pahang (382 kes), Pulau Pinang (376 kes), Sabah (326 kes), Perak (299 kes), Kelantan (225 kes) dan Terengganu (102 kes).
"Putrajaya pula (62 kes), Labuan (24 kes) dan Perlis (tujuh kes),” katanya pada ciapan Twitter hari ini.
Sementara itu tinjauan Gempak di laman sosial yang sama, wargamaya masih meluahkan rasa kecewa mereka setelah melihat kes harian COVID-19 masih berada di paras lima angka.
“Duduk rumah pun 12k kes baru, lepasni nak aku handstand ka baru kes turun,” komen seorang wargamaya.
“Syukur dah turun sikit. Terbukti bahawa usaha lockdown kerajaan memang berjaya mengurangkan kes dan membendung penularan wabak cobid 19. Syabas dan teruskan usaha. - golongan walaun,” tulis seorang wargamaya.
“Boleh kami rakyat tahu apa tindakan selanjutnya. Kami tak mahu tahu PPN 2.0. Kami mahukan langkah atau tindakan drastik yang kerajaan akan ambil. Contoh tutup 100% sektor seluruh/ arahan kerajaan kepada syarikat 100% wfh/tutup sektor tidak berkaitan sementara,” cadang seorang wargamaya.
“At this point i don't know how long i can tell myself to be as positive as i can knowing i'm breaking down. im tired,” luah seorang wargamaya lagi.
Kredit foto: Bernama/Razak Ghazali
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Total Lockdown
#PKP sambung lagi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement