Berita

Covid-19: 1,295 Kes Baharu, 7 Kematian Lagi

gempak
Syafiqah Jalal
16/12/2020
10:47 MYT
Sponsor Banner
Covid-19: 1,295 Kes Baharu, 7 Kematian Lagi
Sebanyak 1,295 kes baharu COVID-19 di Malaysia direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan pertambahan tujuh lagi kes kematian baharu.
Manakala, 113 kes sedang dirawat di ICU, 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Selangor antara negeri yang kembali mencatatkan kes tertinggi dengan 481, diikuti di Sabah 268, Kuala Lumpur (232) dan Johor (105).
Sementara itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan mencecah 14,751 kes.
Bagaimana pun KKM telah mengesan lapan lagi kluster baharu dan satu kluster telah tamat.
Ingat, kita masih belum menang, jadi jaga jarak dan jaga SOP (Standard Operasi Prosedur) ! Kita Jaga Kita
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live