Berita

COVID-19: 1,371 Kes Baharu, Kerajaan Cadang Tambah Pembelian Vaksin

gempak
Syafiqah Jalal
14/12/2020
11:17 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: 1,371 Kes Baharu, Kerajaan Cadang Tambah Pembelian Vaksin
Kes penularan Covid-19 di Malaysia mencatatkan jumlah terbaharu hari ini iaitu 1,371 yang mana satu daripadanya melibatkan 1 kes import.
Daripada jumlah itu Selangor masih kekal menjadi negeri dengan kes harian paling tinggi iaitu sebanyak 532 diikuti Sabah dengan 283 kes dan Negeri Sembilan 260 kes.
Bagaimana pun kes pulih juga meningkat iaitu 1204 pesakit yang dilaporkan berjaya sembuh hari ini.
Namun terdapat 4 kematian dilaporkan hari ini termasuk 1 bukan warganegara sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 419 kes.
Melihat kepada kes Covid-19 yang agak membimbangkan, kerajaan bercadang meningkatkan pembelian vaksin COVID-19 agar dapat menampung keperluan imunisasi hingga 70 peratus rakyat berbanding kuantiti asal sebanyak 30 peratus.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.berkata ini kerana ada negara yang sudah membeli vaksin itu dengan sesetengahnya memperoleh dalam kuantiti yang banyak melebihi jumlah penduduk mereka sendiri.
Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir berkata beliau telah meminta pembekal menghantar vaksin tersebut secepat mungkin dan Malaysia dijangka menerima bekalan pada Mac tahun depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live